Posts

Showing posts from August, 2021

Bercakap dengan diri

Bismillahirrahmanirrahim.. Setiap kali jenguk ke sini, mesti sebab ada something yang berlaku dalam hidup. Something yang rasa tak mampu sekadar disimpan sendiri. Diri ni macam tak mampu nak menanggung suara-suara dalam hati yang  keep on berfungsi. Ya, kita memang setiap saat dan ketika akan bercakap-cakap dengan diri sendiri. Ada bahasa kita yang hati kita sahaja yang fahami dan dengari. Itulah hak ekslusif diri kita walaupun fizikal kita terpenjara atau jadi tawanan sesiapa. Hati dan perasaan yang entah mana lokasinya, tapi kita tahu ia ada. Banyaknya kata-kata hati yang jika diterjemah dalam tulisan begini , entahkan mampu nak gambarkan semua. Tapi at least, lebih elok jika diceritakan. Sebab kita selalu lupa dan alpa, sampaikan selalunya terbiar sahaja tanpa kita memaknakannya. Sedangkan bukankah hidup ini perlu ada makna dan perlu kita terjemahkan sampai Tuhan memanggil kita? Ya Allah, berikan aku kefahaman dalam beragama dan kesungguhan dalam menjadi hambaMu!Amin.